Wednesday, March 16, 2011

Menghitung Hari...

Assalamualaikum kgkawan..
Tajuk entry kali ni mcm tajuk lagu Kris Dayanti tu kan.. Saje letak tajuk mcmtu sebab sekarang ni pon ecah tengah menghitung hari untuk melahirkan seorang hamba Allah yang ecah kandung selama 9bulan 9hari dalam perut ecah ni.. BERDEBAR??? Sudah tentu.. Itulah perkara yang berlegar2 dalam kotak fikiran ecah wat masa ni.. susah nak fikir perkara lain.. takut, ngeri, gembira, bersyukur, dan macam2 lagi perasaan ni.. tuhan je yang tau.. sampai susah nak tido lena waktu malam...
Alhamdulillah.. setakat ni semua berjalan dengan lancar.. Ecah & baby pon sihat.. Every week wat pemeriksaan kesihatan, Jururawat pon takde ckp pape yang boleh buat ecah & hubby risau cuma this week punya check-up jururawat tegur kenapa berat ley turun 1.5kg dalam masa seminggu.. ecah rasa ni gara-gara ecah kurang sihat minggu lepas..
Dalam bab persiapan, so far alhamdulillah ecah & hubby sediakan apa yang patut disediakan. Beg2 pon dah ready dalam kereta takut2 ecah boleh bersalin bila2 masa.. Persiapan dari segi fizikal & mental Insyallah kitaorang dah bersedia.. Cuma lately ni ecah rasa lonely sikit sebab hubby keje ber'shift' dan kalau cuti pon dia kene cover orang.. lagi-lagi sekarang ni musim cuti sekolahkan, ramai amik cuti bawak kuarga bercuti.. Memang agak sedih sebab dalam waktu-waktu macam ni ecah memang perlukan hubby sentiasa disisi tapi xdapat.. Tapi pikir2 balik mungkin ade hikmah disebaliknya, mungkin rezeki hubby untuk dapat rezeki lebih..
Jadi, ecah mohon pada kawan-kawan yang terbaca entry ecah ni, doakan ecah & baby selamat dlam proses kelahiran nanti.. Insyallah kita akan jumpe pada entry akan datang.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment